Setelah sekian lama menyepi..
Friday, March 20th, 2009Yeah..buat pengetahuan rakan2 yg membaca, aku kini berada di perantauan sekali lagi. Yup.. sekali lagi!! Menemani suami tercinta meneruskan perjuangannya dan Insya Allah aku dan anak2 akan sentiasa menemaninya waktu suka dan duka. Erm.. anak2?? Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang Allah limpahkan ke atas kami sekeluarga. Berada di jauh perantauan sememangnya memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi, kadangkala pahit untuk ditelan tetapi manis bila dikenang. Kami sekeluarga tiba di bumi UK pada 28 Januari yang lepas, setelah 3 minggu menumpang di rumah Wawa & Din (kwn semasa di KUKUM) kami kini menyewa di kawasan yang berhampiran dengan Univ Surrey. Thanx a lot Din & Wawa, jasa korang mmg x mampu kami balas. Moga Allah limpahkan rezeki dan membalas semua jasa korang. Berbeza keadaanya ketika kami tiba di bumi Perancis 2 thn lepas apabila semua kemudahan disediakan, di sini kami terpaksa melalui kesukaran mencari rumah sewa yg memerlukan rakyat tempatan menjadi ‘finnacial guarantor’. Alhamdulillah segalanya kini sudah selesai dan kami dalam proses menyesuaikan diri di tempat dan suasana yg baru.
Okayla, ckpla sekadar ini sahaja yg dpt aku coretkan sbg permulaan setelah sekian lama menyepi.
Some pics at Penang Airport before we fly to London:
Mummy… here I come!!!
Anak2 dara & Mak Dara
Copy from my official blog: http://a-journey-to-remember.blogspot.com
-Mummy Farrel-