Archive for May, 2008

Kisah Farrel

Thursday, May 29th, 2008
Our Sweetheart

Nk update apa hr ni ek? Owh ye, hr ni 28/05 genap umur Farrel 3 bulan. Times
flying so fast, and we realized that Farrel has grown up.
Alhamdulillah, Farrel dikurniakan kesihatan yang baik dan x banyak
ragam. Berkat doa keluarga di Mesia. Syukur sgt, even terlalu banyak
dugaan lately, at least kami berjaya juga harunginya. Malah menjadikan
kami lebih tahu untuk berfikir sebelum bertindak atau berkata-kata dan
juga mengajar kami erti kehidupan. Kehidupan ni x semuanya manis,
adakalanya ada pahitnya. Tp kami selalu berpegang kepada pepatah, yg
manis x seharusnya terus ditelan, yg pahit jangan terus dibuang. Kekdg
yg pahit itu adalah penawar kepada penyakit umpama ubat yg menyembuhkan
penyakit (note: ubat tuh usaha, Allah itu Maha Penyembuh).
Alhamdulillah juga kerana kami sentiasa diberikan kekuatan olehNYA.
Bersyukur sgt di atas segala limpah dan kurniaNYA. Tidak perlu untuk
berdengki di atas kelebihan org lain dan tidak mengambil peluang di
atas kelemahan org lain.

Owh ye.. berbalik kepada kisah Farrel, Farrel sekrg dah pandai nk main dan makin lasak. Bila letak atas “tapis” dia, suka je. Boleh pusing 360 deg. Pahlawan la katakan. Farrel = Pahlawan. Skrg
pun dh x tdo sekali atas katil ngan kiteorg. Dia tdo sendiri dalam cot
dia. And skrg ni dh makin jarang bangun menyusu. 630 pg br merengek
mintak susu. Dan skrg ni dia ada inisiatif sendiri, bila lambat kasi
susu je dia akan hisap jari dulu. Cup cap cup cap hisap jari2 dia.
Skrg
dia dh minum susu formula. Itupun sbb dia mcm x puas “breasfeed”. Tp dh
jd tabiat dia, kat rumah mmg dia nk “breastfeed”, bila bwk berjalan je
dia nk minum susu botol. Cuma sesekali je kalau dia x puas “breastfeed”
br kasi dia minum susu botol. Hehe, sng nk bwk berjalan. Mmg mummy ngan
daddy Farrel suka berjalan pun. Since dr dlm kandungan lg dh usung dia
merata2.
Farrel
pun dh pandai nk smbg2 ngan org. Dh pandai cari2 bila org panggil nama
dia. Bila kiteorg kol org Mesia, dia mcm merengek2 je nk ckp kat
telefon. Bila kasi gagang telefon kat dia senyap je. Suka sgt bila dgr
org2 Mesia (atuk, opah, tok daddy, tok nek, auntie wiwin) panggil nama
dia kat telefon. Sengih je memanjang. Mulalah dia mencari sapa yg
panggil dia. Bangun pagi mesti dh kena terus mandi dia. Klu mandi
lambat sikit mulalah nk nangis2. Huhu. Kekdg nk bgn lmbt sikit pun dh x
bleh klu dia bangun awal.
Lps mandi letak dlm tapis dia then
main2 kekdg terus tertdor dlm tapis dia. Hehe, lucu pun ada. Tidor mcm
bertafakur. Tangan dua2 mesti kat dada. Tgk lah pic2 dia kat bawah nih.
Hehe.
Oklah,
nnt update lg. Apapun moga anak mummy and daddy Ahmad Farrel Daniel
terus membesar dgn sihat, menjadi anak yg soleh dan anak yg berbakti
kepada org tuanya, bangsa dan negara bila dewasa kelak.
Mula-mula syok jerr dia main ngan giraffe

                                       At last dia leh tertido lak..

Family Day!!

Tuesday, May 20th, 2008
Last Sunday kami sekeluarga pegi
picnic kat Jardin Pont Neuf. Hari Sabtu lagi aku dah plan nak buat
Family Day ni. excited tulll.. lagipun masa Mother’s Day hari tuh takde
special celebration aper2 pun, just makan crumble strawberry je so
sempena Family Day ni kiranya merangkap celebration tuk Mother’s Day
sekali la. Thanx Daddy sbb belikan Mummy hadiah tuh ekkk.. Tapi bila
Mummy bleh pakai yek?? Huhu.. yg paling bermakna sekali sbb tahun ni
1st time aku sambut Mother’s Day setelah aku bergelar Mummy kepada
Farrel. Walaupun Farrel tak dpt nak wish aku tp tak kisahla sbb Daddy
dia dah mewakilkan Farrel wish aku "Happy Mother’s Day". Rasa bangga
sgt bila dapat sambut Mother’s Day, huhu… tak sangka aku dah jadi
ibu. Best sgt dpt tgk Farrel membesar depan mata, tambah-tambah
sekarang ni Farrel dah pandai senyum & gelak. Bangun pagi-pagi dah
pandai nak ajak org borak-borak dengan dia. Bila nangis jer dengar cam
dia sebut "mama"… kadang-kadang dengar cam "mek".. kompius aku,
Farrel ni org Perancis ke org Kelate. hehehe.. ape2 pun Mummy n Daddy
bahagia sgt sejak-sejak Farrel muncul dlm hidup kami.

Excited tull Mummy niii..

                                                 Sedap tak bang???

                                      We are happy family…

Toulouse-Paris-Marrakech-Lyon-Toulouse

Monday, May 19th, 2008
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat
sampai ke Toulouse 7/5/08 lepas pukul 10 am. Huhu… penat sesangat
trip kali ni. Kami bertolak 2/5/08 dr Toulouse ke Paris pukul 8.35am.
Pagi2 lagi aku dah bangun goreng cucur ikan bilis tuk bekal dalam
flight nanti. Farrel pun tak mandi pagi sbb awal sgt so kami amek
keputusan mandikan dia kat hotel nanti. Alhamdulillah walaupun 1st time
Farrel naik flight tp dia cool jer.. siap tido berdengkur2 lagi dlm
flight. Risau gak aku sbb kalau ikutkan baby tak elok sgt naik flight.
Then kami terus menuju ke hotel, kali ni kami stay dekat Libertel Hotel
area Moulin Rouge jugak sbb 1st trip dulu pun kami dah stay area Moulin
Rouge so takde la terkial-kial sgt nak cari hotel. Petang tuh kami
pusing-pusing kat Eiffel Tower jer.. Esoknya kami pegi ke Disneyland.
Tapi yg tak bestnyaa kamera lak tertinggal kat hotel, sib baik bawak
digi cam. Macam best jer nak masuk Disneyland tapi disebabkan Farrel
kecik lagi so kami pusing2 kat Disney Village jer. Then kami pegi La
Fayette. Ramai giler org kat sana sampai nak berjalan pun terpaksa
berhimpit2. Kat butik LV punyer laaa ramai org, macam ader jualan
lelong plak. Giler laa diorg ni borong LV, aku boleh telan air liur jer
laaa.. Then kiteorg ke Goncourt beli kristal. Last day kiteorg ke Sacre
Coeur sebelum bertolak ke Marrakech. Cantik Sacre Coeur ni, macam Taj
Mahal jer.
Farrel bad mood sbb kena kejut dr tido

3 of us
Sacre Couer
4/5/08
kami pun bertolak ke Marrakech dr airport Paris CDG. Flight kami delay
lebih kurang sejam so dalam kul 5.30 baru kami bertolak. Beza masa
antara France n Morocco adalah 2 jam so lebih kurang kul 7.30 local
time kami pun tiba di airport Marrakech. Memula sampai rasa excited
sangat. Bangunan kat sana pun Islamic Architecture so ada laa kelainan
sket nak dibandingkan dengan architecture bangunan dekat France. Kami
telah disambut dan di bawa ke Riad Nomade. Actually Riad nih lebih
kurang Home Stay, kebanyakan tourist akan pilih Riad tuk stay sbb
ala-ala arab gitu.. Kami pilih tuk stay kat Riad ni pun sbb harganya
sangat berpatutan. Memula sampai je kat Riad ni rasa gerun sgt sbb
jalan nak ke Riad ni mmg menyeramkan dan terpaksa lalu lorong-lorong
gelap. huhu.. Sesampainya kami di Riad, kami disambut ala-ala arab
gitu, siap dengan mint tea, kuih muih pastu ade renjis-renjis tangan
dgn air wangi. Kalau ade tarian gelek mesti lagi meriah. hihi.. Tapi
kami diberitahu oleh tuan punya riad tuh sepatutnya kami tak dibenarkan
bawak baby sbb situ macam private area so takut ganggu guest lain
nanti. Alhamdulillah diorg takde la strict sgt so diorg benarkan jer
kami stay kat situ. Lega sgt sbb Farrel asyik tido jer sepanjang kat
Riad sampaikan ade guest lain ckp diorg tak sedar pun ade baby kat Riad
tuh. Aku pun risau jugak kalau-kalau ade org yg complaint pasal
kiteorg. Lepas kiteorg dibawa melawat Riad, kiteorg pun terus keluar ke
Souk tuk makan malam. Wah.. happening sungguh malam dekat Marrakech.
Macam dekat Kelantan lak rasanya.. macam pasar malam dekat Padang
bas.huhu.. banyak stall-stall makanan n jus oren. Masa tuh rasa macam
nak makan semuanyaa..huhu.. tapi sayangnya aku ni bukan pemakan
kambing, berderet2 stall yg jual sup kambing. Macam best jerr.. tp bila
nampak jer kepala kambing atas gerai diorg terus ilang selera. Kesian
hubby aku terpaksa ikut selera aku so x dptla dia merasa kambing
Marrakech.

Esoknya kiteorg pusing-pusing lagi kat souk. Souk nih
kira cam flea market la tp besar n meriah sangat kedai-kedai kat situ.
Antara specialty Morocco yg menarik dijual cam kasut kulit, brg dr
kulit, pewter, tudung & kain, brg buatan kayu, carpet, souvenir n
mcm2 lagi. Then kiteorg gi pusing2 town naik bas. Actually masa tuh aku
dah teringat nak balik Toulouse sbb panas sgt kat situ. Dahla panas
pastu berdebu. Kesian lak kat Farrel tp sepanjang hari dia asyik tido
jer. Aku rasa Farrel mmg suka tido waktu2 panas sbb kat rumah takde lak
dia suka sgt tido. Nasib baik aku bawak sling sbb bahaya sgt kalau
bawak stroller sbb kenderaan kat situ sumer laju2 n tak hirau sgt
pejalan kaki ni. Kereta lembu, kuda, keldai semuanya guna jalan yg
sama. Huhu.. mencabar tull..

Kesimpulannya, trip ke Marrakech ni
mmg mencabar. Orang2nya pun takdela baik sgt, suka mintak tips..
bayangkan laa, org kat kedai makan n org yg tolong balut carpet yg
kiteorg beli pun mintak tips. Tah aper2. Kiteorg buat x lyn jer..
hehe.. Tapi bg org2 yg suka shopping mmg enjoylaa dkt souk. Yg penting
mesti pandai bargain. Mmg bermakna sgt pengalaman ke Marrakech, betul2
mengajar erti kesabaran n at least aku dpt merasai kehidupan org Islam
di benua Afrika.

Macam-macam adaaaa

Sedapnyaaa cous cous

Sedapnyaaa oren jus Marrakech

Riad Nomades (pintu merah tu la bilik kiteorg)

Terrace kat Riad

Tgh lepak sambil tunggu breakfast

Memang best breakfast kat Riad

Kasut kulit Marrakech

Plate yg cantik

Nak shopping aper lak pasni yangg??

                                      Huishhhh..rambang mata beb…

Paris & Marrakech visit

Tuesday, May 13th, 2008

It’s has been a long time since the last update about us etc. Can’t
remember what exactly the last posting about. Here for the starting we
would like to present our picture from our last visit to Paris and
Marrakech. Hope all of you will enjoy it. For more pics, please visit
our fotopages.

It was really amazing visit that we ever had including the trip to Italy. But it’s so tiring us until now.  Ok till next time.