Archive for April, 2008

Baby Farrel yg botak!!

Monday, April 14th, 2008
Hari ni hubby aku telah membotakkan
kepala hero kami. Huhu.. Farrel nampak bulat jerr dengan kepalanya yg
botak tuh, dah macam Karim Benzema jer mummy tengok. Actually dah lama
niat nak cukur rambut Farrel tapi baru hari ni kiteorg menjalankan
operasi membotakkan kepala dia. Masa hari ketujuh kiteorg dah gunting
sikit rambut dia tapi tak boleh nak botakkan sebab masa tuh still
winter so kesian pulak dia takde rambut time sejuk2 ni. Masa mula-mula
nak cukur rambut dia Farrel punyelaa mengamuk sakan tapi akhirnya
kiteorg berjaya jugak cukur rambut dia sampai botak sbb masa cukur
rambut dia, aku upah susu so takdelaa dia bergerak2 sgt.
Daddy tgh cukur rambut Farrel

                                           Hensemnyaa anak daddy!!!

                  New look of Ahmad Farrel Daniel a.k.a Karim Benzema Junior

A day in Barcelona

Saturday, April 12th, 2008
Jumaat lepas (11 April 2008) Mummy,
Daddy & Farrel pegi jalan-jalan kat Barcelona. Actually planning
asal nak pegi hari Selasa tapi ditunda ke hari Jumaat atas sebab2
tertentu. Alhamdulillah sampai jugak kami ke Barcelona walaupun trip
kali ni memang gamble abis sbb kiteorg follow sign board jer. Kiteorg
bertolak dr Toulouse lebih kurang pukul 8 pagi, actually nak bertolak
awal tapi terlewat bangun pulak so pukul 8.00 baru bergerak dr IAS.
Awal-awal lagi hubby aku dah kaji peta nak ke Barcelona tapi yg
kelakarnya kiteorg tak ikut pun jalan yg hubby aku kaji tuh. kiteorg
main redah jer, lagipun guna highway so straight jer sampai ke
Barcelona. Sampai jer kat city center lebih kurang pukul 11.40am,
kiteorg pun mulalah usha tempat nak parking. Huhu.. punyelaa mahal
parking dekat situ. Tapi kiteorg gamble jer parking dekat tepi jalan n
kiteorg just bayar for 2 hours (sejam = 2.60euro). Kalau ikutkan
maximum hours parking kat situ 2 jam jer tp kiteorg belasah parking
sampai ke petang. Nasib baikla tak kena saman. Tak banyak sgt tempat yg
kiteorg melawat sbb kiteorg tak overnight kat situ. First sekali
kiteorg melawat Sagrada Familia then kiteorg ke Parc Guell. Kiteorg
terpaksa menapak lebih kurang 1.3km drp metro station ke Parc Guell.
huhu.. berpeluh ketiak jugakla.. dahla kena panjat bukit, nasib baikla
cantik tempat tu. Last sekali kiteorg ke La Ramblas sebelum bergerak
balik ke Toulouse pukul 5.00ptg. Alhamdulillah dalam sesak2 bandar
Barcelona tuh kiteorg berjaya jugak cari jalan balik ke Toulouse.
Kiteorg tiba kat Toulouse lbh kurang pukul 9mlm. Alhamdulillah, Farrel
pun sporting sgt sepanjang kat Barcelona.

                                    Sagrada Familia.. ntah bila nk siap..

                                    Parc Guell.. cantik tmpt ni…

                                      Hubby.. dekat Parc Guell gak..

                                                  Parc Guell

                                     Ourselves pic.. taken by hubby..

                                                     La Ramblas

Jalan-jalan makan angin…

Thursday, April 10th, 2008
Jumaat lepas kami satu family pegi
outing dekat jardin area Pont Neuf. Maklumla cuaca pun elok sbb jarang2
sekrg ni cuaca elok, asyik hujan jer. Sekrg ni boleh dikatakan hari2
kiteorg keluar jalan2. Daddy Farrel asyik ajak keluar jer sbb boring
duduk kat rumah. Baru seminggu cuti dah boring, hihihi.. macam mana laa
nak abiskan cuti lagi sebulan, jawabnya hari2 la kiteorg melawat
Carrefour Labege walaupun tatau dah nak beli apa kat sana. Aku nih yg
tak habis pantang pun dah tak macam org pantang sbb merata dah
berjalan. kalau kat mesia mesti kena berkurung sampai 44 hari. Best sgt
sekrg nih sbb tiap kali keluar mesti makcik2 France intai2 Farrel
pastuh sengeh2. Pastu mesti tanye kiteorg umo Farrel.. asyik duk sebut
"petite bebe…petite bebe"…hihi.. glemer tul kiteorg sejak ader
Farrel ni. Masa kat Paris hari tuh pun ramai jer yg nak tolong kiteorg
sbb bawak baby. huhu.. baik2 jugak org Paris ni. Kat sini aku attach
sikit gambo masa keluar outing ke jardin. Best tul lepak kat situ bila
cuaca OK. Siap makan aiskrim cornetto lagik. Kesian Farrel sbb Mummy n
Daddy dia dating sambil makan aiskrim, dia dapat puting kosong jer.
hihi.. Takper Farrel, nanti bila Farrel besar sikit Mummy n Daddy
belanja aiskrim ekk.. boleh picnic selalu.. tak sabonyee tunggu dia
besar, dah leh jalan. Mesti dia dah berlari2 kat park tuh. Nanti
bolehla dia main bola ngan daddy.

Farrel tgh layan blues

Mummy n Farrel

Timang tinggi-tinggi

Pont Neuf

Anak Daddy….

Paris first trip.. J’aime Paris

Friday, April 4th, 2008

28 March lepas genap sebulan usia Farrel.
Pejam celik pejam celik dah sebulan berlalu, huhu.. mcm tak cayer je.
Kejap jer dah besar anak mummy. Sekrg ni Farrel dah tembam dan montel
sket. Makin besar hero mummy sekrg, berat Farrel sekrg pun dah 4.70kg.
Alhamdulillah, Farrel membesar dengan sihat. Semlm mummy ngan daddy
bawak Farrel pegi jumpe Dr Balg tuk cucuk BCG. Sib baik masa cucuk tuh
Farrel behave jer, nangis pun kejap jer. Risau jugak dia demam lepas
kena cucuk tp Dr Balg cakap tak demam.
So the next appointment is 29 April for the next injection.

Actually kiteorg baru balik dr Paris last Monday. Kiteorg bertolak dr Toulouse
hari Sabtu (29 Mac) pukul 9.20am. Trip kali ni kiteorg pegi naik train
iDTGV. Bosan jugakla sbb 5 jam habis masa dalam train jer. Nasib baik
Farrel tido sepanjang jalan, bgn kejap2 jer nak menyusu. Risau gak
kalau dia meragam dalam train tuh. Aku bawak pasta jer sebagai bekal
kiteorg. Kiteorg tiba dekat Paris pukul 2.30 petang. Alhamdulillah cuaca elok walaupun lebih sejuk berbanding dengan Toulouse. Kiteorg pun pergi check in hotel dulu dekat Moulin Rouge. Okay jugakla hotel dekat situ sbb kawasan situ happening, ala-ala Bukit Bintang gitu. Moulin Rouge ni pun one of interesting place dekat Paris, terkenal dengan ”KangKang Dance”. Yg
paling best hotel kiteorg sebelah jer kedai makanan halal ala-ala KFC.
Huhu.. lama dah tak makan KFC, sib baik ada gak Chicken Point yg halal
so bolehla melepaskan kerinduan pada KFC. Lepas jer check in kiteorg
pun memulakan agenda melawat Paris. Memula kiteorg ke Rambuteau tuk
beli souvenir. Puas jugakla pusing cari kedai Etoile tuh. Sib baik
jumpe, kiteorg borong sakan kat situ sbb souvenir situ murah2. Then
ingat nak singgah kat station Goncourt sbb satu line dengan station
Rambuteau tapi byk lak barang yg kiteorg borong dkt Etoile tadi.
So
maybe next trip lak kiteorg ke Goncourt tuk borong crystal. Then, drp
Rambuteau kiteorg bertolak ke station Bir Hakiem tuk tgk Eiffel  Tower. Memang
kiteorg bajet nak gi amek gambar kat Eiffel Tower waktu malam. So masa
kiteorg sampai tuh dah dekat pukul 7 lebih. Farrel lak asyik tido jer
sepanjang jalan. Tapi bila sampai bawah Eiffel Tower dia bangun nak
susu. Dapat jugakla dia tgk Eiffel Tour. Hihi.. Wah.. kagum betul aku
dengan Eiffel Tower. Cantik sgt.. Dari jauh nampak lebih kurang Tokyo
Tower tp bila dekat Eiffel Tower mmg lebih cantik. Teringat aku masa
dekat Jepun, kiteorg pergi Tokyo Tower masa malam krismas so ramai la
yg berdating kat bawah Tower tuh. Huhu.. tercapai gak hasrat aku nak
dating bawah Eiffel Tower dgn hubby tersayang.. opss lupe lak Farrel
pun ader. Kiteorg pun lepak kat situ sampai pukul 9 lebih sbb kesian
dekat Farrel dah penat plus sejuk sgt kat situ. Then kiteorg pun balik
hotel dan menjamu selera di Chicken Point. Huhu.. puas hati sgt sbb
rasa ayam goreng dia pun mmg ala-ala KFC.

Esoknya
lebih kurang pukul 10 pagi kiteorg bertolak ke La Defense. La Defense
nih takdela best sgt tapi terkenal dengan bangunan yg moden2. So
kiteorg pegi amek gambar kejap jer kat situ, lagipun hujan renyai2.
Sib baik kiteorg bawak stroller Farrel sbb ader rain cover. Then kiteorg ke Champs Elysees tuk amek gambar dekat Napolean Bridge dan Royal Palace. Pastuh
kiteorg pun jalan2 dekat Champs Elysees yg glemer dengan butik LV yg
besar tuh. Huhu.. terliur jer tgk handbag LV yg harga ribu-ribuan tuh.
Kalaula hubby aku sekaya Dato’ K, bolehla aku pau beg LV 4-5 bijik.
Bolehla buat collection macam Siti.hihi..

Then,
kiteorg pun meneruskan tour kiteorg ke Musee du Louvre. Kat situ
kiteorg amek gambar kat luar jer sbb rasanya kalau masuk muzium tuh
satu hari pun tak habis pusing. Muzium ni glemer sbb ade gambo Mona
Lisa yg original dan muzium terbesar di dunia. Tapi takperlaa maybe
next time kiteorg masuk sbb Farrel pun kecik lagi so risau jugak kalau
dia nampak benda2 yg tak elok sbb dalam muzium tuh pun banyak mumia.
Pastuh kiteorg pun balik ke hotel semula sbb hujan renyai2, risau gak
kalau2 Farrel demam nanti. For lunch, kiteorg makan dekat Chicken
Corner yg ala-ala Chicken Point gak tp 10 minit jalan kaki dr hotel. Yg
bestnya sepanjang2 jalan Moulin Rouge tuh mmg banyak kedai makanan
halal. Dekat Chicken Corner ni kiteorg makan nasi briyani. Sedap
jugakla tp yg bestnya kiteorg order sepinggan jer sbb banyak sgt.
Sepinggan pun harga 7euro tp puas hati sbb boleh share 2 org.
 

Petang tuh kiteorg just jalan2 dekat Moulin Rouge. Kat situ byk kedai souvenir, harga pun takde la mahal sgt. Kiteorg
plan nak booking hotel area Moulin Rouge jugak for next trip. Thanx
Nurul sbb inform pasal hotel area situ. Memang puas hati sbb makan
senang n tak jauh dengan tempat2 menarik. Last day kiteorg kat

Paris, kiteorg just ke embassy Malaysia. Lama
jugakla lepak dekat embassy sbb lepas settlekan passport n surat
beranak Farrel kiteorg borak2 dengan kak Yus. Baik2 sgt org2 embassy.
Alhamdulillah dah settle pun passport Farrel so kena tunggu lagi
sebulan tuk collect dekat embassy. Passport Farrel amek masa sebulan
nak siap sbb diorg kena hantar ke Embassy Malaysia dkt London tuk
proses. Huhu.. sekrg Farrel dah ade 2 surat beranak, Perancis dan
Malaysia. Memula ingat nak singgah La Fayette sebelum ke train station
tapi malas lak sbb barang banyak nak angkut. So kiteorg terus ke
station, lepak kat situ sampai pukul 5. Lebih kurang pukul 11mlm
kiteorg pun tiba di Toulouse. Huhu.. bosan sesangat dalam train. Maybe
next trip kiteorg naik flight je ke Paris, lagipun harga tiket lebih
kurang jer. Lega sesangat bila dah selamat sampai ke rumah walaupun
lapo sesangat. Sib baik ader nasi dalam peti ais so aku pun buatla nasi
goreng koboi tuk aku n hubby isi perut.hihi…

Alhamdulillah
syukur sesangat perjalanan kiteorg selamat walaupun banyak jugakla
dugaan dan rintangan yg terpaksa kiteorg tempuh..hehehe.. macam citer
Pekin Express lak. Paling mencabar bila terpaksa angkut stroller naik
turun tangga, huhu.. dah la aku tak abis pantang lagik. Memang lasak
betul aku masa dekat Paris. Kalau la mak aku tau.. hihi.. habislaa..
Syukur sgt Farrel sihat dan sporting sepanjang kat Paris. Rasanya anak
aku nanti mesti kaki jalan gak macam mummy n daddy dia. Ye la sejak
dalam perut lagik aku dah usung merata.
 

So for the next trip aku dah hubby tgh survey tiket flight n hotel yg murah. Kiteorg cadang next trip kiteorg nak ke Amsterdam n UK terus drp Paris, insyaallah. Bolehla aku pegi visit kawan n cousins aku dekat sana. Lagipun time nih jer hubby aku free sebelum dia start practical. Tapi
nih sumer baru dlm planning, sumer nya bergantung pada bajet. Okayla
nih aku ada attach sket gambar2 dekat Paris. Yg tak bestnya kebanyakan
gamba amek pakai digi cam jer sbb hujan. huhu.. dan yg paling tak best,
tak banyak gambar kiteorg bertiga sbb risau nak suruh org2 dekat situ
tolong amekkan gambar.
So kiteorg pun bergilir2 amek gambar.

  Dalam train on the way ke Paris. Farrel syok jer tido sepanjang jalan

Tour Eiffel

Me n Tour Eiffel

La Defense

Depan Moulin Rouge yg glamer tuh (bak kata Nurul… hihi sori yer nurul…pinjam ayat…)

                                      Nasi Briyani dekat Chicken Corner