Archive for March, 2008

Paris.. Here we come!!!

Friday, March 21st, 2008

Hari nih dah masuk hari ke 23 aku berpantang. huhu… pantang pun
macam tak pantang jer.. yg lebih tepat "pantang jumpe", semua aku
makan. hihi.. hari tuh aku makan bayam, lepas tuh terus demam teruk.
Tuhla, org Malaysia semua dah pesan jgn makan sayur tapi aku makan
jugak. Sbb aku tatau pun bayam tuh sejuk. Sampai menggigil2 badan aku n
rasanya time tuh suhu badan dah lebih 40 deg. Kesian kat Farrel sbb mlm
aku demam tuh dia macam tak puas jer menyusu sbb badan aku kering sgt.
Susu pun maybe tak banyak so dia pun mula la meragam, tidur pun tak
nyenyak. Lagi kesian kat hubby aku kena jaga aku n dia malam tuh. Dahla
esoknya ade kelas. Tok kat Malaysia punye la risau sampai nangis2,
huhu… kesiannya… nyesal lak bgtau dia sbb buat dia risau jer. Tapi
yg kelakarnya Awin ckp tok tunggu sayap tumbuh sbb nak terbang dtg
sini. hehe.. nasib baik tak tumbuh, kalau tak mesti dah sampai kat
Toulouse ni.

Sejak demam hari tuh, aku dah tak berani nak makan
sayur. So aku gantilah dengan makan buah2an supaya tak kena sembelit.
Risau jugak sbb org kata masa dlm pantang ni senang kena sembelit. Tapi
masa gi jumpe doc hari tuh dia ckp flu n ade virus so dalam 2-3 hari
akan baik.tp kalau x baik kena gi jumpe dia semula. Alhamdulillah aku
dah sihat lepas makan ubat yg dia suggest.Farrel pun dah OK dan tak
meragam lagi. Dia pun makin kerap menyusu sekrg, kdg2 sampai dekat
sejam dia menyusu. huhu.. sabo jer la.. kadang2 fikir nak jugak campur
ngan susu formula tapi risau pulak nanti dia dah taknak susu badan so
biarla fully breastfeeding. Bknnya ape, risau kalau aku demam or x
sihat n susu x banyak, kesian plak dia tak puas menyusu.

Teringat
aku masa 1st week nyusukan dia, rasa macam nak nangis jer sbb masa tuh
sakit sgt. Kadang2 rasa nak give up jer sbb tak tahan. Tak sangka aku
bila 1st time susukan baby mmg sakit mcm tuh, selama nih aku tgk org
lain relax jer susukan baby diorg. Alhamdulillah sekrg everything
getting better dan takdela sesakit mula2 dulu. Yang penting kita kena
sentiasa kuat semangat dan pk yg positif supaya x give up. Memang
mencabar betul bila bab menyusu ni. Masa mula2 dulu, dahla sakit lepas
tuh Farrel pulak kerap sgt menyusu. Kalau tak sabar dah lama give up.
Bila time bangun malam nak menyusu tuh lagilaa mencabar. Alhamdulillah
sekrg aku dah enjoy bangun malam n susukan dia. Aku pun sekrg banyak2
makan oat n susu tuk produce lebih banyak susu dalam badan.

Erm..
next week 29 - 31/3/08, aku, hubby n Farrel akan ke Paris tuk apply
passport Farrel kat embassy. Hopefully everything OK dan Farrel sihat n
x meragam. Risau jugak nak bawak dia jauh2 ni tapi macamana pun kena
pegi jugak, kalau tak nanti Farrel takleh balik Malaysia. huhu..
Kiteorg akan lepak kat rumah kak yus (one of embassy staf). Actually
kiteorg jumpe kak yus ni sebelum dtg sini kat embassy France kat KL.
borak2 kat situ n tuko2 email. huhu.. bukannye kenal sgt tapi dengan
muka tak malu nak lepak rumah dia plak. Segan mmg segan tapi dia yg
beria ajak tido umah dia so kiteorg on jer la. Harap Farrel behave la
nanti kat rumah dia. huhu..
Trip kali nih mmg target nak buat
passport Farrel jer so takdela jalan mana sgt. Maybe pegi Eiffel Tower
n tempat2 lain yg area situ jer. Nanti next trip bila nak pegi ambik
passport Farrel lepas sebulan baru nak stay lama sikit n jalan2.
Lagipun masa tuh Farrel dah besar sikit so tak la risau sgt bawak dia
jalan2.

Okayla, aku stop sini dulu sbb si kecik dah bangun.
huhu.. seperti biasa kena susukan dia n tuko pampers dia.Nih aku share
sikit informations pasal breastfeeding.

pemakanan:
lobak putih
ikan semua jenis ikan ikan yu (tak penah mkn lg) ikan sardine, tuna, salmon
kurma
jantung pisang
kucai +tauhu+tougeh
petola
kentang rebus
longan kering (air mata kucing)
roti
biskut marrie
daun turi
susu/ soya
halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
pengaga
kacang buncis
sayur sawi
cheese
planta

Minuman:
air masak
susu
soya
nestum
oat
horlick
milo
jus buahan
buahan betik/honeydwe
rebusan buah pala
spirulina
air kelapa
rebusan air halba

supplement yg perlu ambik:
omega 3
obimim
kalsium
vitamin c

Copy from : http://a-journey-to-remember.blogspot.com/

Our 1st Anniversary

Sunday, March 16th, 2008

Alhamdulillah, tanggal 9 March 08 lepas genaplah setahun usia
perkahwinan aku dan Azizul. Tak sangka dah setahun kami bersama
mengharung onak duri rumah tangga. Rasa baru jer duduk bersanding dan
diarak sbg raja sehari. Masih terbayang lagi keriuhan dan kemeriahan
kenduri kawin kiteorg dulu. Huhu.. tak sangka, sekarang dah setahun
berlalu. Perkahwinan yg terbina atas dasar pilihan keluarga,
alhamdulillah menjanjikan sebuah kebahagian. Terima kasih Opah, Tok
& Pah Limah yg menemukan dan menyatukan kami dengan ikatan
perkahwinan.

Gift for our 1st Anniversary
Azizul..
kalau dulu kami cumalah kawan sepermainan semasa kecil, tak sangka
sekrang bergelar suami dan bapa kepada anakku. Sekitar usiaku 7 - 12
tahun, kami tinggal di kejiranan yang sama. Tiap petang aku akan
menjengah ke kampung belakang untuk bermain dengan kawan baik aku, Ani
dan Iwan. Masa tuh aku takdelah rapat sgt dgn Azizul. Lagipun dulu dia
gelarkan aku "rambut tebuan". huhu.. sabo jer laaaa.. padahal rambut
aku masa tuh punye lah cun, kalah rambut kajol. Masih segar dalam
ingatan aku kenangan bila aku jatuh basikal betul2 depan rumah dia dan
nenek dia yg letakkan ubat kat lutut aku. Sebelum tuh aku punye la
takut sbb nenek dia macam garang jer. Tak sangka sekrg dah jadi nenek
mertua aku yg sgt sporting. Dulu, kecoh jugak satu kampung bila Azizul
kena ikat kat tiang luar rumah dia sbb nakal sgt (pegi mandi sungai tak
bgtau kat tok). hehee.. sorry bang, pecah rahsia abg. huhu.. padan
muka.. :P . jangan la Farrel nanti nakal cam abg.

Tapi semuanya
berubah sekitar bulan September 2006 bila Pah Limah dan Opah aku
merencanakan untuk menyatukan aku dan Azizul. Masa tu kami masing2 dah
ada pasangan masing2 tapi apakan daya family tak merestui. Tuhan lebih
mengetahui apa yg terbaik untuk kita dan alhamdulillah aku telah
membuat keputusan yg tepat bila menurut kata family untuk memilih
Azizul sbg teman sehidup semati. Pertama kali bertemu setelah terpisah
lebih kurang 12 tahun adalah masa hari nak beli cincin pertunangan.
Masa tuh Azizul pakai braces. huhu.. masa tuh aku asyik mengutuk jer
sbb buruk betul tgk dia pakai braces tuh. Dahla kurus sgt nak
dibandingkan dengan aku, risau jer bila dia jalan dgn aku org lain akan
ingat dia adik aku. Yang kelakarnya kiteorg pergi lepak kat pintu
maasuk zoo untuk bincang pasal barang2 hantaran. macam takde port lain
jer..

Tanggal 11/11/06, kami pun mengikat tali pertunangan
walaupun sebulan sebelum tuh aku berangkat ke Jepun atas urusan kerja.
Sepanjang aku di Jepun kami hanya berhubung melalui telefon. Seminggu
sebelum bertunang aku pulang ke Malaysia dan sehari selepas bertunang
aku kembali semula ke Jepun selama 2 bulan. Jadi kami memang hanya
berhubung melalui telefon dan langsung tak bercinta macam orang lain.
Sekembalinya aku ke Malaysia, keluarga dah mengaturkan untuk menyatukan
kami pada 9/3/07. Jadi, aku hanya mempunyai masa 2 bulan untuk membuat
persiapan perkahwinan. Sepanjang membuat persiapan tuhla aku menjadi
semakin rapat dengan bakal suamiku dan semakin mengenalinya.

Entering new phase of life
Tanggal
9/3/07 pukul 6.20 ptg, sahlah aku bergelar isteri kepada Azizul Abdul
Karim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan saat itulah baru aku
mula jatuh cinta pada suami ku sendiri. cheewaahhh.. jiwang le pulak.
sbb masa tuh Azizul dah tak pakai braces, nampakla comel dan hensem
sikit suamiku. hehe.. Tapi yg kelakarnya masa akad nikah tuh sepatutnya
dijadualkan selepas solat asar tapi suamiku tiba lebih kurang pukul 6
ptg. Sepanjang menunggu ketibaan suamiku, tok imam dan tok kadi asyik
membebel2 sampaikan tok kadi telefon suamiku suruh cepat sikit. Huhu..
buat malu pengantin perempuan jer. Dahlah masa tuh ade 3 lagi pasangan
lain yg semuanya terpaksa menunggu suamiku sebelum tok kadi mula
membaca khutbah.

Happiness Day
Tak
sangka kini genap setahun ikatan perkahwinan kami dan pada mulanya
memang banyak dugaan yg terpaksa kami tempuh dan alhamdulillah berkat
kesabaran semuanya dipermudahkan Tuhan. Tak sangka laluan hidupku
semudah ini dan aku bersyukur dengan segala nikmat yg dianugerahkan
Tuhan. Kini, hidupku makin ceria dengan kehadiran putera sulung kami
Farrel. Walaupun pada mulanya kami tak merancang tuk dapat baby dalam
masa terdekat tapi kita hanya merancang, Tuhan lebih mengetahui yg
terbaik buat kita. Dengan kehadiran Azizul dan Farrel dalam hidupku,
terasa sempurna diriku sebagai wanita dan aku berazam untuk menjadi
isteri dan ibu yg terbaik buat 2 buah hati kesayanganku, insya Allah.

Lovely Family Forever… Insya Allah…

Copy from: http://a-journey-to-remember.blogspot.com

Pengorbanan seorg ibu & isteri..

Tuesday, March 11th, 2008

Dsc_0314
Saja nak share dengan member2…

Alhamdulillah, hari ni dah
masuk hari ke 13 usia anakandaku yg tercinta, Ahmad Farrel Daniel bin
Azizul. Disebabkan ni 1st posting selepas aku deliver so aku rasa
better aku share sikit pengalaman bersalin yg sememangnya sentiasa
segar dalam ingatan dan insya Allah tak mungkin aku lupakan. Pengalaman
yg paling manis dalam hidup aku serta mematangkan aku.

Malam 26
Februari 2008, aku tak dapat tidur nyenyak sebab pinggang dan kaki aku
sebelah kanan sakit tapi aku tak rasa tuh tanda2 nak bersalin. Aku
ingatkan sakit2 biasa je. Tapi bila bangun pagi ade sikit stain n blood
keluar (sikit sgt) so aku mula dah rasa berdebar2. Aku pun bgtau hubby
aku & dia pun cepat2 suruh aku call weeda tanye tuh tanda nak
bersalin ke tak. Weeda ckp mmg tuh tanda2 nak bersalin sbb masa dia nak
bersalin kan Muaz pun keluar mcm tuh jugak. Aku n hubby pun tunggu lagi
beberapa jam sebelum buat keputusan ke hospital. Aku suruh jugak hubby
aku pegi kelas wpun dia mcm berat hati je nak tinggalkan aku srg2 kat
rumah. Pukul 10.15 am aku call hubyy suruh balik sbb aku dah mula rasa
macam ade contraction. So lebih kurang pukul 12.30 kiteorg pun bertolak
la ke Hospital Joseph Ducuing. Bila sampai je kat hospital, midwife ckp
baru terbuka 1cm so dia ckp boleh balik rumah dulu. Aku n hubby pun
balik la dulu sbb menurut kata midwife tuh 1st baby selalunya amek masa
lama tuk deliver. Tapi dia pesan ape2 hal dtg balik ke hospital. Masa
tuh aku dah mula berdebar2 sbb aku tau tak lama lagi aku akan bergelar
ibu. huhu…

Bila balik ke rumah, contraction makin kerap dan
makin sakit. Tuhan je yg tahu betapa sakitnya contraction nak bersalin.
Selang masa contraction pun lebih kurang 5 minit. Pukul 7.30 mlm aku
ajak hubby pegi hospital semula sbb aku dah tak tahan sangat nak
menanggung sakit contraction yg semakin kerap. Alhamdulillah walaupun
sakit, aku masih boleh bertahan dan berjalan sampai ke wad. Midwife yg
check aku tuh ckp baru terbuka 2 cm. Bayangkan la, dah berapa jam aku
tahan sakit baru terbuka 2 cm. Aku mula terpk tahan ke aku nak tunggu
sampai terbuka 10cm. huhu.. nak meraung je rasa tapi aku banyak2 sabar
dan baca doa nabi yunus. UnTuk pujuk diri sendiri, aku sentiasa pk yg
positif.Tapi disebabkan contraction aku yg kerap, midwife tuh bawak aku
masuk labor room. Dalam hati aku dah tak sabar nak suruh dia letak
epidural tuk kurangkan sakit tp lebih kurang pukul 3 pagi baru pakar
anesthesis datang dan letak epidural. Masa tuh rasa lega yg amat.
Sebelum tuh, ade jugak midwife tuh masukkan sejenis drug tuk lalikan
aku tp dlam keadaan lali pun aku still dpt rasa sakit contraction.
Lepas pakar anesthesis bagi suntikan epidural baru aku dapat tidur
nyenyak n hubby aku pun dapat jugak tidur. Kalau tak, kesian dia kena
berjaga sepanjang malam. Tak dapat aku bayangkan kalau hubby aku takde
bersama mesti aku tak mampu nak harung semua ni sorang2. Sekurang2nya
bila ade hubby kat sebelah semangat aku tak lumpuh dan berkobar2 nak
bersalin wpun tenaga makin kurang.

Alhamdulillah, lebih kurang
pukul 7 pagi, dah terbuka 10cm so it’s time to push baby out. Masa tuh
midwife yg semlm dah kena tuko shift so masuk la midwife yg baru yg
lebih muda. Midwife yg sebelum tuh lebih kurang sebaya mak aku n lembut
sgt. Tapi dia tak pandai speaking so sepanjang malam dia ckp France n
kiteorg pun buat2 la faham. Nasib baik midwife yg bakal sambut baby aku
ni boleh la speaking sikit2 n tgk gaya pun cam cergas jer orgnya. Harap
baby aku pun secergas dia la nanti. Lebih kurang pukul 7.30, aku pun
startla push baby keluar sbb dah rasa sgt2 baby tuh engaged. Satu lagi
ujian dr tuhan bila midwife tuh ckp kepala baby aku duduk dalam keadaan
senget. Sepatutnya dia tunduk tapi baby aku landing baik punyaaa dekat
tepi pelvis so proses nak keluarkan dia pun jadi sukar sikit. Aku
hampir give up jugak sbb dah byk hilang tenaga. Tapi aku sentiasa
kuatkan semangat demi anak n hubby sbb pengorbanan seorg ibu n isteri
tak ternilai harganya. Masa tuh ada jugak sesekali aku terpk yg buruk
tapi aku buang jauh2 dan sentiasa ingat Allah. Hubby mmg tunggu
sepanjang proses aku nak bersalin tuh n aku tak sangka dia seberani
tuh. Alhamudulillah, tepat pukul 8.25 pagi lahirlah putera sulung kami
Ahmad Farrel Daniel bin Azizul. Allahuakbar.. syukur sgt2 semuanya
selamat walaupun aku kehilangan banyak darah. Saat yg tak dapat aku
lupakan bila midwife tuh letak baby atas dada aku dan masih lagi aku
terbayang wajah Farrel bila pertama kali dia melihat dunia. Saat tuh
mmg aku tak dapat lupakan dan masa tuh jugak semua sakit, penat lelah
aku tadi hilang serta merta. Alhamdulillah aku dah pun bergelar ibu.
Terima kasih yg tak terhingga buat suamiku yg tak putus beri aku
semangat. Love both of u so much!!!

Aku kena admit kat
hospital sampai hari ke 6. Sepatutnya hari ke 5 aku n Farrel dah boleh
balik tapi last minute doctor detect Farrel ade terkena sikit Jaundice
dan darah dia pun ade sikit infection. So kenala tunggu esok tuk tengok
perkembangan Farrel. Alhamdulillah, hari ke 6 semuanya OK dan aku n
Farrel dah boleh balik rumah. Lega rasanya dapat balik wpun best jugak
duk spital sbb nurse2 kat hospital tuh mmg baik2 dan muda2, plus makan
pun sodap!!. Lagipun hubby aku dah dekat seminggu ponteng kelas so bila
dah keluar hospital at least dia dah boleh pegi kelas. Kesian dia 5
mlam terpaksa tidur atas kerusi malas. Dan part yg paling best bila
Farrel susah tidur malam so time tuh laa betul2 menguji kesabaran mummy
n daddy dia. huhu.. Dekat seminggu lebih jugakla aku n hubby tak dapat
tidur malam, kena buli dengan Farrel. Alhamdulillah sekrg ni Farrel dah
mula tidur nyenyak n terjaga bila nak menyusu jer. Aku n hubby pun dah
mula pandai mandikan Farrel, tukar lampin, bedung dia, pakaikan
bengkung n menyusu dia. Sekrng aku tgh menjalani proses berpantang dan
tak sabar nak tunggu hari ke 44. Syukur ada kawan2 yg lebih
berpengalaman so takdela aku n hubby terkontang kanting uruskan Farrel.
Maklumla aku n hubby terpaksa uruskan semua sendiri. huhu.. bestnyaaa
kalau mama ada kat sini…apa2 pun hidup aku sekrg bertambah ceria di
samping 2 hero yg tercinta.

Copy from : http://a-journey-to-remember.blogspot.com/